Breaking News

Kurangkan Pengambilan Gula dalam diet seharian

Kurangkan GULA

Hadkan pengambilan gula kepada 10 sudu teh sehari.

Waspada dengan gula yang tersembunyi dalam makanan dan minuman.

MAKAN SECARA SIHAT
AMALKAN 5 M
  1. Mengurangkan gula
  2. Mengurangkan garam
  3. Mengurangkan minyak
  4. Melebihkan buah-buahan
  5. Melebikan sayur-saturan
Kandungan Gula Dalam Kuih tempatan
Jenis
Berat (g) setiap satu
Kandungan gula (g) setiap satu
1 camca the (5g)
Kuih koci
70 – 90
18 – 25
4 ½
Kuih keria
40 – 50
10 – 13
2 ¼
Seri muka
110 – 120
10 – 13
2 ¼
Donat
45 – 55
7 – 10
1 ¾
Kuih lapis
120 – 140
5 – 7
1 ¼
Lepat pisang
65 – 75
10 – 13
2 ¼
Puding jagung
70 – 80
10 – 13
1 ¾
Bingka ubi
70 – 90
18 – 25
4 1/4
Panduan diet Malaysia, 1999


Jenis minuman
Kandungan gula (g/100ml)
Isipadu per kotak/tin/botol (ml)
Kandungan gula (g) per kotak/tin/botol
1 camca the (5g)
Oren
13.29
278
37.8
37.8
Jus limau
14.15
332
47.0
9 ¼
Rut bir
11.53
342
39.4
8
Kola
11.25
285
32.1
6 ½
Jus mangga
12.28
250
30.7
6
Jus jambu batu
12.84
250
32.1
6 1/2
Panduan diet Malaysia, 1999

Apa itu GULA?
Gula adalah sejenis bahan yang memberi rasa manis pada makanan. la wujud secara semulajadi dalam makanan atau sebagai bahan yang ditambah semasa penyediaan makanan dan minuman.
Gula yang paling biasa ialah gula pasir atau yang dihasilkan daripada pemprosesan tebu. Gula ini sering kali digunakan untuk memaniskan pelbagai minuman ringan seperti kordial, sirap, minuman bergas dan jus buah-buahan. Gula juga ditambah sebagai pemanis ke dalam biskut, jem, kek, coklat, aiskrim dan beberapa bijirin sarapan. Pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi gula tambahan secara berlebihan   boleh   menyebabkan masalah kesihatan.

Jenis-jenis gula

Gula semulajadi

Gula yang terdapat secara semulajadi di dalam makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu.

Gula tersembunyi

Gula yang ditambah pada makanan semasa pemprosesan dan penyediaan makanan seperti dalam masakan, minuman, kuih - muih dan sebagainya.

Kesan Gula Terhadap Kesihatan
  1. Meningkatkan risiko berlebihan berat badan dan obesiti seterusnya mendorong kepada masalah diabetes dan penyakit jantung.  
  2. Mengakibatkan gangguan gastrousus.    
  3. Menggalakkan pembentukan karies gigi.
  4. Mengakibatkan kekurangan nutrien kerana kecenderungan individu yang mengambil berlebihan gula menggantikan makanan lain yang lebih berkhasiat.
Tips mengurangkan pengambilan GULA
  1. Kurangkan pengambilan makanan yang manis seperti kek, biskut, coklat, ais krim, kuih-muih dan makanan ringan yang berperisa.
  2. Kurangkan pengambilan minuman manis atau bergas / berkarbonat dan jus buah-buahan yang ditambah gula. 
  3. Kurangkan atau elakkan pengguna gula dalam minuman kopi atau teh.
  4. Kurangkan gula dalam resipi masakan
  5. Baca label dan pilih produk yang mempunyai kandungan gula yang rendah atau tanpa gula. 
  6. Makan buah-buahan segar sebagai pencuci mulut, kurangkan hidangan pencuci mulut yang tinggi kandungan gula.
  

No comments