Wednesday, February 9, 2011

Kertas Kerja Jom Hidup Sihat

1.0    PENGENALAN

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.

Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.
  
1.1    KEMPEN JOM HIDUP SIHAT
Jom Hidup Sihat boleh  menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera. Amalan Jom Hidup Sihat menjurus kepada kebersihan diri, pemakanan yang seimbang, senaman yang  konsisten, mengelakkan stress dan  konflik  serta  menjauhi penyalahgunaan dadah.
  
1.2    TUJUAN PROGRAM
Program Kesihatan  dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif melalui amalan Jom Hidup Sihat. Di samping itu ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada para pelajar serta masyarakat di sekitar. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan  kesihatan dari seawal usia di bangku sekolah. Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah.

1.3    RASIONAL PROGRAM
Program Jom Hidup Sihat  ini merupakan satu program kesihatan untuk semua warga sekolah demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para pelajar, guru dan seterusnya ibu bapa pelajar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui program ceramah, kempen menderma darah dan pameran kepada para pelajar akan dapat memupuk perasaan cintakan kesihatan.



1.4    MATLAMAT PROGRAM
Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari segi fizikal. mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah. Mata  bercahaya lahir dari minda yang cerdas,

1.5    OBJEKTIF PROGRAM
  Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap kesihatan.
  Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial seperti  merokok dan peyalahgunaan dadah.
  Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat sekolah bagi mencapai matlamat bersama.
  Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat.
   Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar walau di mana mereka  berada.
  Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan  sihat dan ceria ketika di sekolah,
  Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-anasir buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.


Kertas kerja selengkapnya di http://tinyurl.com/4qwstuj