Suntikan Pelalian HPV untuk mencegah kanser servik
Apakah Kanser Servik ?
Apakah itu kanser
servik? Kanser Servik ni adalah kanser pangkal rahim dimana sel-sel di
servik di bawah rahim yang bersambung dengan vagina membiak secara
luarbiasa. Ianya boleh terbahagi kepada dua iaitu pada peringkat awal
hanya berlaku disekitar servik dan peringkat lewat membiak ke tisu-tisu
berhampiran organ tubuh yang lain seperti paru-paru yang merebak
melalui sistem aliran darah. Ianya merupakan kanser kedua terbanyak
dikalangan wanita selepas kanser payudara dan di Malaysia senario yang
sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
Sehingga ke hari ini masih tidak diketahui penyebab kanser servik ini tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini, antaranya melakukan persetubuhan seksual pada usia muda, mempunyai pasangan seks berbilang, mengandung lebih dari 5, jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti HPV (Human Papilloma Virus), kurang penjagaan kebersihan pada anggota sulit, merokok dan kurang daya tahan penyakit.
Kementerian Kesihatan melalui kempen Cegah Kanser Servik Melalui Pelalian HPV memberikan suntikan pelalian secara percuma untuk murid perempuan tingkatan 1 dan remaja perempuan berumur 13 tahun. Suntikan boleh didapati di sekolah atau klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan 3 suntikan lengkap adalah perlindungan terbaik.
Sehingga ke hari ini masih tidak diketahui penyebab kanser servik ini tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini, antaranya melakukan persetubuhan seksual pada usia muda, mempunyai pasangan seks berbilang, mengandung lebih dari 5, jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti HPV (Human Papilloma Virus), kurang penjagaan kebersihan pada anggota sulit, merokok dan kurang daya tahan penyakit.
Kementerian Kesihatan melalui kempen Cegah Kanser Servik Melalui Pelalian HPV memberikan suntikan pelalian secara percuma untuk murid perempuan tingkatan 1 dan remaja perempuan berumur 13 tahun. Suntikan boleh didapati di sekolah atau klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan 3 suntikan lengkap adalah perlindungan terbaik.
Apakah Human Papilloma Virus (HPV)?
HPV adalah penyebab
utama kanser servik. Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas
berkahwin.
Apakah pelalian HPV?
Pelalian yang diberi
untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Pelalian ini diberi
secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut
jadual berikut:
Suntikan pertama - tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/kllinik.
Suntikan kedua - satu (1) bulan selepas suntikan pertama.
Suntikan ketiga - enam (6) bulan dari suntikan pertama.
Vaksin yang digunakan untuk pelalian ini tidak mengandungi produk yang meragukan.
Kenapa Anak Gadis 13 Tahun Saya Perlu Mendapatkan Pelalian HPV?
Anak
gadis anda berisiko untuk dijangkiti HPV. Pelalian ini boleh
melindunginya dari mendapat kanser servik di masa akan datang.
Pada
masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia hanya memberi pelalian secara
percuma kepada semua gadis 13 tahun.
Di Mana Anak Gadis Saya Boleh Mendapatkan Pelalian HPV?
Jika
anak gadis anda bersekolah, pelalian akan diberi di sekolah. Jika anak
gadis anda tidak bersekolah, dapatkannya di klinik kesihatan.
Bagaimana Sekiranya Anak Gadis Saya Yang Tidak Termasuk Di Dalam Kumpulan Sasar Ini Hendak Mendapatkan Pelalian?
Pelalian
ini hanya diberi kepada remaja perempuan yang bersekolah di tingkatan 1
dan/atau berumur 13 tahun pada tahun semasa. Bagi golongan yang tidak
termasuk dalam kumpulan yang disasarkan, pelalian ini boleh didapati di
klinik dan hospital swasta dengan kadar caj tertentu.
Apakah Peranan Saya Sebagai IbuBapa/Penjaga?
Beri
persetujuan bertulis untuk melayakkan anak anda menerima pelalian
secara percuma.
Pastikan
anak anda melengkapkan tiga suntikan pelalian secara percuma. Tiga
(3) suntikan pelalian boleh memberi perlindungan optima untuk gadis
anda dari jangkitan HPV.
Siapa Yang Akan Memberi Suntikan?
Suntikan
akan diberikan oleh anggota kesihatan yang bertauliah dan terlatih.
Adakah Vaksin Ini Halal?
Vaksin
ini tidak mengandungi produk yang meragukan.
Adakah Anak Gadis Saya Akan Mengalami Masalah Selepas Disuntik?
Pelalian
ini adalah selamat.
Seperti
pelalian lain, anak gadis anda mungkin mengalami sakit atau bengkak di
tempat suntikan.
Sekiranya,
anak gadis anda mengalami masalah lain akibat suntikan, sila dapatkan
rawatan susulan di klinik atau hospital yang berdekatan.
Adakah Pelalian Ini Akan Menyebabkan Anak Saya Mandul?
Tidak.
Pelalian ini tidak menyebabkan kemandulan.
Apakah Keadaan Yang Tidak Membolehkan Anak Gadis Saya Diberi Pelalian HPV?
Anak
anda tidak akan diberi pelalian atas sebab-sebab berikut:
- Pernah mengalami kesan sampingan teruk setelah menerima suntikan pertama atau suntikan kedua.
- Pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital.
- Hamil.
Apakah Tindakan Saya Jika Anak Saya Terlepas Tarikh Temujanji Pelalian?
Jika
anak anda tidak sihat atau tidak hadir ke sekolah pada hari pelalian,
tarikh temujanji baru akan diberi oleh anggota Kesihatan.
Maklumat tambahan :
Maklumat
tambahan berkaitan pelalian HPV boleh didapati melalui:
- Doktor atau anggota Kesihatan di sekolah atau di klinik.
- Talian Hotline HPV 1-800-88-1478
No comments