Kertas Kerja Jom Hidup Sihat
1.0
PENGENALAN
Program
ini merupakan satu
platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang
diusahakan
oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang
disasarkan iaitu pelajar dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat
sebagai
pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh
masyarakat
yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.
Para
pelajar menjadi kumpulan
sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat
tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat
mengubah amalan
dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk sejak
di
bangku sekolah lagi.
1.1 KEMPEN
JOM HIDUP SIHAT
Jom
Hidup Sihat boleh menjamin
insan dan masyarakat hidup lebih
sejahtera. Amalan Jom Hidup Sihat menjurus kepada kebersihan diri,
pemakanan
yang seimbang, senaman yang konsisten,
mengelakkan stress dan konflik serta
menjauhi penyalahgunaan dadah.
1.2 TUJUAN
PROGRAM
Program
Kesihatan dilaksanakan
bagi menyokong hasrat Program
Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi
Berilmu, Sihat dan Progresif melalui amalan Jom Hidup Sihat. Di samping
itu ia
bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kesihatan
kepada
para pelajar serta masyarakat di sekitar. Pengetahuan dan kemahiran
mengenai
aspek ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini
memandangkan
generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan
penjagaan kesihatan
dari seawal usia di bangku sekolah.
Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting bagi memastikan amalan
gaya hidup
sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah.
1.3 RASIONAL
PROGRAM
Program
Jom Hidup Sihat ini
merupakan satu program kesihatan untuk
semua warga sekolah demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para
pelajar, guru dan seterusnya ibu bapa pelajar mengenai kepentingan
penjagaan
kesihatan. Melalui program ceramah, kempen menderma darah dan pameran
kepada
para pelajar akan dapat memupuk perasaan cintakan kesihatan.
1.4 MATLAMAT
PROGRAM
Memastikan
pelajar sentiasa
berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari segi fizikal. mental,
rohani
dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah. Mata bercahaya lahir dari minda
yang cerdas,
1.5 OBJEKTIF
PROGRAM
• Meningkatkan
kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan
pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan
kakitangan sekolah terhadap kesihatan.
• Menggembeling
usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati diri
yang
tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani
sebagai
benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial
seperti merokok dan
peyalahgunaan dadah.
•
Melibatkan dan mewujudkan
permuafakatan antara
pelbagai agensi dengan masyarakat sekolah bagi mencapai matlamat
bersama.
•
Meningkatkan
pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan menerapkannya
kepada para
pelajar dan komuniti setempat.
•
Menanam
kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar walau di
mana
mereka berada.
• Memastikan
para pelajar dapat belajar dalam keadaan
sihat dan ceria ketika di sekolah,
• Membimbing
para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-anasir
buruk
seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.
Kertas kerja selengkapnya di http://tinyurl.com/4qwstuj
No comments