Breaking News

Tujuh strategi diet yang benar-benar berkesan

Zon, diet sup kubis, diet lemon Master Cleanser  - bagaimana anda boleh mengatakan apa yang berkesan dan mana yang tidak? Pada tarikh 4 Mac website health and science -  LiveScience melaporkan  terdapat tujuh tips diet yang benar-benar berkesan.





  1. Jangan minum sirap jagung: Sebuah kajian menunjukkan bahawa tikus yang meminum minuman yang terbuat dari sirap jagung fruktosa tinggi menambah berat badan lebih banyak daripada tikus yang minum minuman gula-manis, biarpun kedua-dua minuman mengandungi jumlah kalori yang sama. Sirap jagung tinggi fruktosa bukan hanya terdapat di dalam minuman ringan tapi juga makanan sejuk-beku, bacon, gula-gula, donat, sosej, hot dog, snack, dan banyak lagi makanan yag siap proses.

  2. Elakkan junk food: Penyelidikan mendedahkan bahawa junk food boleh mempengaruhi otak anda dengan cara yang serupa dengan dadah, dengan memberi isyarat kepada  reseptor dopamin dan perilaku berubah, menyebabkan anda ketagihan makan junk food. Salah satu cara untuk mengelakkan godaan junk food, para ahli mengatakan, jangan membiarkan perut anda kosong terlalu lama dan sekiranya anda tidak boleh menahan godaan junk food, ambil sedikit sahaja.

  3. Makan pada masa yang berstruktur: Untuk mengelakkan kehilangan tenaga, rancang makan dan makanan ringan anda. Jangan biarkan perut anda kosong tanpa makanan lebih dari tiga jam. 

  4. Makan sarapan anda: Idealnya, sarapan dengan menu kaya protein, seperti telur dadar dan roti panggang, menyebabkan anda merasa lebih kenyang sepanjang sisa hari, para ahli mengatakan. Lemak pada telur boleh mempunyai kesan jangka panjang, membuat anda merasa kurang kelaparan ketika makan tengahari dan tergoda untuk makan berlebihan. Dalam satu kajian, lelaki yang makan telur dan roti panggang untuk sarapan pagi makan kurang 400 kalori sepanjang hari berbanding mereka yang makan makan karbohidrat-berat seperti roti dengan krim keju rendah lemak dan yogurt rendah lemak.

  5. Pilih makanan yang rendah pada indeks glisemik (atau makan lebih dekat dengan alam): Memilih makanan yang tinggi protein, tinggi serat tetapi rendah pada indeks glisemik, yang merujuk pada seberapa cepat makanan mempengaruhi gula dalam darah, dapat menstabilkan tahap tenaga. Makanan tinggi pada indeks (gula-gula, beras putih, tepung roti putih) meningkatkan kandungan gula dalam darah tapi yang kemudian mengakibatkan kehilangan tenaga. Atau sebagai pilihan, makan makanan segar, seperti sayur-sayuran, daging, dan buah-buahan berbanding makanan yang diproses.

  6. Tukar persekitaran anda: Sebuah kajian oleh Cornell University menunjukkan bahawa untuk menjadi lebih berjaya dalam diet anda, sesuaikan sekitar anda. Gunakan pinggan lebih kecil, dan kurangkan makanan manis untuk mengelakkan makan secara berlebihan.

  7. Nikmati makanan anda: Ketika kita memperhatikan apa yang kita makan - warna, tekstur, kesegaran, dan bumbu - "kami merasa nikmat yang lebih yang lebih dalam dari apa yang perut kami yang boleh isi," laporan LiveScience. Hindarkan smartphone atau gangguan lain, ambil masa anda,  dan nikmati setiap gigitan.


No comments