Breaking News

Senaman Kardiovaskular

KEPENTINGAN SENAMAN KEPADA FISIOLOGI BADAN MANUSIA
Faedah senaman kepada manusia
Terdapat pelbagai faedah senaman kepada fisiologi badan manusia antaranya:
a) Meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan memperbaiki sistem peredaran darah dengan:-

* Menguatkan otot jantung dan meningkatkan fungsinya.

*  Membantu mengawal tekanan darah tinggi.

*  Mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

*  Meningkatkan peredaran darah di seluruh badan.

*  Meningkatkan fungsi paru-paru dan penggunaan oksigen

*  Meningkatkan fungsi paru-paru dan penggunaan oksigen
b) Meningkatkan kecepatan pergerakan dan kelembutan badan.

*  Mengurangkan kecederaan otot dan sendi serta masalah sakit belakang / pinggang.

*  Meningkatkan prestasi dalam sukan.
c) Memperbaiki tonus dan postur.

*  Menambahkan keterampilan diri dari segi fizikal
d) Menambahkan kekuatan dan daya tahan otot.

*  Otot menjadi lebih kuat dan dapat melakukan sesuatu pergerakan dengan lebih baik dan lebih lama, seperti mengangkat barang yang berat.
e) Membantu mengawal berat badan dengan lebih baik dan dapat mencegah obesiti atau kegemukan.

*  Senaman secara tetap dan teratur di samping amalan pemakanan yang sihatdapat membantu mengawal berat badan dan mencegah kegemukan

*  Senaman membantu membakar lemak badan dan menjadikan otot lebih kuat













1 comment:

  1. singgah baca info yg bagus :)
    saya pon amalkn xtvt riadah spt bermain badminton untuk memastikn tubuh badan cergas. Juga saya amalkn supplement vitamin Shaklee untuk membantu tubuh badan lebih bertenaga dan cergas bg membantu peredaran darah yg lancar. sila ke http://dzladyzwardrobe.blogspot.com untuk pembelian. dari zainab-Shaklee Independent Distributor 016-2011377. tq

    ReplyDelete