Breaking News

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. /2010 - Pelaksanaan Program Pelalian Human Papilloma Virus (HPV) Kebangsaan Untuk Murid Perempuan Ting 1

Semua Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Negeri
 
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
 
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.    /2010
PELAKSANAAN PROGRAM PELALIAN HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV) KEBANGSAAN UNTUK MURID PEREMPUAN TINGKATAN 1 DI SEKOLAH KERAJAAN, BANTUAN KERAJAAN, SEKOLAH SWASTA DAN sekolah ANTARABANGSA SELURUH NEGARA
 
Kementerian Pelajaran Malaysia menyokong usaha Kementerian Kesihatan Malaysia dalam melaksanakan pencegahan dan kawalan kanser pangkal rahim (Kanser Serviks) yang berlaku dalam kalangan wanita. Kajian masa kini telah membuktikan bahawa jangkitan HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV), merupakan salah satu faktor penyebab kanser pangkal rahim. Memandangkan kanser ini adalah kanser yang kedua tertinggi dalam kalangan wanita, Jemaah Menteri pada 19 Ogos 2009 telah meluluskan pelaksanaan Program Pelalian HPV Kebangsaan.
 
2.         Sehubungan itu, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan program suntikan pelalian secara percuma kepada murid-murid perempuan Tingkatan 1 di semua sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, sekolah swasta dan antarabangsa mulai bulan April/Mei 2010 sebagai langkah awal melindungi murid-murid dari jangkitan virus tersebut. Pelalian HPV akan ditawarkan kepada semua murid perempuan Tingkatan 1 di seluruh negara hanya dengan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga murid berkenaan.
 
3.            Bagi memastikan Pelaksanaan Program Pelalian HPV Kebangsaan berjalan lancar, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggariskan beberapa ketetapan yang perlu dilaksanakan.
 
 
3.1       Pelalian HPV diberi dalam 3 dos di mana jadual pelalian adalah seperti berikut:
 
Dos
Jadual Pelalian
Dos Pertama
0 bulan
Dos Kedua
1 bulan selepas dos pertama
Dos Ketiga
6 bulan selepas dos pertama
 
3.2       Pasukan pelalian  HPV akan datang ke sekolah sebanyak 3 kali dan memberi 3 dos pelalian kepada murid-murid mengikut jadual yang  dipersetujui oleh pihak sekolah; dan
 
3.3       Kerjasama pihak sekolah adalah dipohon untuk menyediakan bilik yang bersesuaian bagi menjalankan perkhidmatan ini dan  menggalakkan semua murid hadir ke sekolah semasa hari pelalian.
 
4.         Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Pengetua-Pengetua di bawah pentadbiran Y.Bhg Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih.
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
 
 
 
TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia

No comments