Breaking News

Melindungi Remaja Dari Bahaya Merokok

Bahaya Rokok Pada Remaja


Pada remaja, masalah kesihatan jangka pendek termasuk diantaranya penyakit yang dapat timbul akibat rokok adalah gangguan pernafasan, penagihan dadah serta meningkatnya risiko untuk menggunakan bahan berbahaya lain termasuk ubat terlarang. Sedangkan masalah jangka panjangnya adalah kenyataan bahawa sekali mereka telah menjadi perokok aktif maka biasanya mereka akan terus menjadi perokok aktif sepanjang hidupnya.


Berikut beberapa masalah lain yang timbul akibat bahaya rokok :
  • Perokok mempunyai fungsi paru-paru yang lebih rendah dibandingkan dengan mereka yang bukan perokok.
  • Merokok mengurangi pertumbuhan paru-paru.
  • Pada orang dewasa, penyakit yang disebabkan oleh rokok adalah penyakit jantung & stroke. Penelitian menunjukkan bahawa hal tersebut juga mulai terlihat pada remaja yang menggunakan rokok.
  • Merokok dapat menurunkan keupayaan & daya tahan tubuh para remaja, bahkan pada remaja yang aktif bersukan.
  • Secara purata, orang yang merokok 1 bungkus atau lebih setiap harinya berkurang hidupnya (kesihatannya) selama 7 tahun dibandingkan orang yang tidak merokok.
  • Merokok sejak usia muda akan meningkatkan risiko untuk terkena kanser paru-paru. Untuk penyakit lain karena rokok maka risikonya juga akan semakin meningkat apabila terus merokok.
  • Remaja yang menggunakan rokok mempunyai kemungkinan 3x lebih banyak dibandingkan mereka yang tidak merokok untuk menggunakan alkohol, 8x lebih banyak untuk menghisap ganja serta 22x lebih banyak untuk menggunakan kokain. Merokok juga sering dihubungkan dengan terjadinya kelakukan berisiko lain seperti berkelahi ataupun melakukan hubungan seksual secara rambang. Bahaya merokok pada remaja dengan kata lain memberi lebih banyak kesan buruk.

Melindungi Remaja Dari Bahaya Rokok

Berikut beberapa tip untuk membantu remaja agar dapat menjauhi rokok :
  • Fahami mengapa remaja tertarik kepada rokok.
Terkadang remaja melihat rokok sebagai suatu bentuk pemberontakan atau sebagai cara untuk dapat diterima oleh teman-temannya. Untuk mengetahui lebih jelas ajaklah anak berdiskusi mengenai rokok termasuk pandangannya mengenai rokok tersebut.
  • Katakan tidak pada rokok.
Mungkin ada kalanya orang tua merasa bahawa anak tidak pernah mahu mendengarkan luahan mereka, tetapi jangan patah semangat. Tetaplah katakan tidak pada rokok & katakan bahawa tindakan tersebut tidak dapat diterima oleh anda.
  • Berikan contoh yang baik.
Anak biasanya akan meniru tindakan orang terdekatnya, jadi apabila orang tua melarang anaknya untuk merokok, sebaiknya mereka pun juga tidak menghisap rokok.
  • Rokok bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan
Tunjukkan pada anak bahawa merokok bukanlah sesuatu hal yang dapat dibanggakan. Rokok dapat membuat nafas menjadi bau, membuat gigi menjadi kuning, menyebabkan batuk & kehilangan tenaga untuk dapat melakukan aktiviti sukan ataupun kegiatan lain.
  • Rokok membazirkan wang.
Merokok adalah mahal. Bantu anak untuk mengira wang  yang perlu dibelanjakan untuk merokok selama seminggu, sebulan ataupun setahun. Bandingkan wang tersebut dengan barang elektronik ataupun barang lain yang dapat diperoleh apabila tidak merokok.
  • Fahami tekanan dari teman sebaya.
Adanya teman yang merokok dapat mempengaruhi anak. Berikan mereka kepercayaan diri untuk dapat bersosialisasi dengan teman mereka tanpa merokok.
  • Tangani ketagihan akibat rokok dengan serius.
Banyak remaja yang percaya bahawa mereka dapat berhenti merokok bil-bila masa sahaja mereka mau, tetapi kenyataannya nikotin dapat membuat mereka menjadi ketagihan sama seperti pada orang dewasa.
  • Berikan gambaran mengenai masa depan mereka.
  • Anak-anak cenderung percaya bahawa mereka tidak akan terkena akibat buruk dari rokok. Tetapi masalah kesihatan seperti kanser, serangan jantung & stroke sangat berisiko dialami oleh mereka yang merokok. Berilah contoh orang yang anda kenal yang menderita karena rokok.
  • Awasi penggunaan produk bertembakau lainnya
Banyak jenis produk bertembakau lainnya yang dianggap lebih aman daripada rokok. Tetapi sebenarnya produks tersebut sama saja dengan rokok, dapat menimbulkan kebergantungan serta bahaya kesihatan yang sama.
  • Ikut terlibat secara aktif.
Aktiflah untuk ikut terlibat dalam kegiatan pencegahan rokok baik di sekolah ataupun di rumah.

Apabila anak anda sudah terlanjur untuk merokok, jangan mengancam dengan memberi ultimatum untuk berhenti merokok. Sebaiknya bimbing dia, ketahui mengapa mereka merokok kemudian bincangkan mengenai langkah yang dapat diambil untuk membantu mereka berhenti merokok.

Sumber asal: http://tinyurl.com/4kjo74a

No comments