Breaking News

Obesiti Dan Pemakanan

Ketagihan gula
Tubuh manusia mudah menjadi ketagih terhadap pelbagai jenis bahan dan molekul kimia seperti alkohol, kafein, garam dan gula. Otak manusia mempunyai sejenis memori yang mengesan bahan kimia.

Apabila lidah merasa bahan kimia tersebut, otak akan membuat rakaman memori itu. Apabila tidak mendapat bahan tersebut, otak akan ‘meminta’ sehingga akhirnya ketagihan berlaku sehingga akhirnya mengganggu sistem tubuh kita.
01     02        
03
Ketagihan gula menyebabkan perubahan struktur dalaman dalam darah sehingga menyukarkan pembakaran lemak secara efektif. Akibatnya tubuh kita cenderung mengumpulkan lemak. Seseorang yang ketagihan gula cenderung untuk minum minuman manis beberapa kali sehari.



Kita juga cepat lapar dan mudah letih. Bila mengambil minuman manis dia berasa seolah-olah bertenaga. Namun perasaan itu tidak kekal lama. Dalam tempoh beberapa jam dia teringin minuman manis semula. Dengan erti kata lain perasaan letih dan lapar yang dialaminya merupakan satu ketagihan.

Meskipun banyak gula diambil, paras gula dalam darah sentiasa rendah (hypoglycaemia). Tubuh begitu cepat menukarkan gula kepada lemak. Kadar tindak balas kimia dalam darah begitu cepat sebenarnya merupakan sesuatu yang tidak baik.

Pada peringkat awal golongan ini menganggap diri mereka sihat kerana doktor memberitahu mereka tidak mengidap kencing manis. Mereka sering berkata ‘tak apa gemuk asalkan saya sihat’. Namun selepas beberapa tahun mereka pasti akan terkejut apabila disahkan mengidap kencing manis dan penyakit kronik yang lain seperti jantung. Tubuh pula semakin letih tidak bermaya.

Jelaslah obesiti dan paras gula yang rendah pada awalnya merupakan suatu petanda buruk dan permulaan kepada bahaya-bahaya lain yang bakal menimpa.

Kenapa begini


Metabolisme rendah mengundang keletihan, jantung berdebar-debar dan mood yang tidak stabil. Ramai yang pergi berjumpa doktor kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tubuh mereka. Tetapi doktor gagal mengesan masalahnya kerana pemeriksaan pada darahnya adalah normal.
Antara pemeriksaan yang dibuat adalah paras gula, paras kolesterol dan tekanan darah. Doktor memberitahu supaya berdiet dan melakukan senaman. Itu sahaja.

Mereka yang mengalami masalah ini pasti tertanya-tanya, jika mereka sihat mengapa berasa letih. Hati meronta-ronta mahu membuat senaman dan menjalani gaya hidup aktif tapi tubuh tidak mahu bergerak.

Apakah sebenar yang berlaku

Apabila kita makan banyak makanan berkarbohidrat dan bergula tinggi paras gula dalam tubuh kita meningkat. Insulin iaitu hormon yang mengawal kestabilan paras gula dalam tubuh juga akan meningkat. Apabila terdapat terlalu banyak insulin maka paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Lama kelamaan tubuh kita tidak lagi sensitif kepada insulin.

Maka insulin mula terhasil dengan semakin banyak mula memberikan kesan negatif. Paras insulin yang tidak menentu menyebabkan paras gula tidak stabil. Apabila gula terlalu rendah seseorang mula berasa gelisah, resah, berdebar-debar dan moodnya tertekan dan  akan sering kelesuan.

Kitaran yang berbahaya
Tubuhnya yang lemah akan memberi signal berterusan kepada otak bahawa ia kurang tenaga. Akibatnya mereka akan mengambil makanan manis bagi meningkatkan paras tenaga.  Keletihan dan kurang tenaga disalah tafsir oleh otak sebagai lapar. Fenomena ini menjadi suatu kitaran yang berbahaya kerana lama kelamaan tubuh akan menjadi bertambah gemuk serta mengundang pelbagai penyakit kronik.

Apabila tubuh tidak lagi sensitif terhadap insulin maka kitaran hormon dalam tubuh kita akan menjadi kelam kabut. Hormon adrenal seperti ACTH akan keluar dengan banyak menyebabkan lemak berkumpul pada belakang tengkuk dan belakang badan kita.

Badan akan mengembang menjadi bertambah lebar dan semakin besar. Bahagian dari pinggang ke atas tampak besar longgar dan menggeleber. Usaha bersenam dan berdiet adalah sia-sia kerana lemak seperti ini tidak boleh dipulihkan dengan diet. Sebaliknya ia hanya boleh dipulihkan dengan pemulihan sistem hormon tubuh kita.

Pemulihan semula memerlukan komitmen yang tinggi kerana ia melibatkan perubahan dalam cara makan, pemilihan makanan dan aktiviti seharian.

sumber : Utusan Malaysia


Siapakah yang tergolong dalam obesiti

• Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;
• Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
• Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
• Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan
• Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.
Makanan dan kesesuaian
salad_platter02makanan-sehat
salad300 
                
Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Ini kerana diet pemakanan yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik. Tentu ramai di kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada di hadapan televisyen. Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktiviti seperti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh badan anda.

Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana anda hanya duduk dan tidak sedikit pun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan.

Untuk itu, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda bolehlah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta di waktu lapang atau apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat.

Apakah berat badan sepatutnya?


Manusia dilahirkan dengan saiz, tinggi, dan bentuk badan yang berbeza. Sebab itu, tidak semua orang mempunyai ketinggian, bentuk, dan berat badan yang sama. Berat badan sepatutnya dikategorikan sebagai sederhana, iaitu tidak gemuk dan tidak pula kurus.
 Jika anda hendakkan berat badan sebegini, anda perlu menjauhi makanan yang mengandungi banyak lemak dan kalori. Tetapi, jangan berlapar sehingga badan berubah menjadi kurus. Makanlah dengan cukup. Oleh itu, banyakkan makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana badan anda amat memerlukan makanan tersebut.

Pemakanan


Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan penukaran makanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan makanan, misalnya vitamin, protein, lemak, dan sebagainya.
Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu, dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan anda.
piramid_makanan

Apakah Indeks Jisim Badan?
Indeks Jisim Badan (BMI) atau Body Mass Index merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.
Kandungan lemak dalam makanan


Apa sahaja makanan yang kita makan, sebenarnya mengandungi banyak kalori daripada lemak. Di bawah ini, anda boleh mengikuti garis panduan diet Malaysia sebagai rancangan diet anda.

Makanan tinggi lemak
• Hamburger saiz biasa 11.8 39
• Hot dog 14.5 54
• Kentang goreng 20-25 keping (saiz biasa yang
• digoreng dengan minyak sayuran) 12.247
• Keropok kentang - 1 aun 10.1 61
• Mentega/marjerin - 1 sudu teh 4 94
• Sos salad - 2 sudu makan 11.1 85
• Kek keju 16.3 57
Makanan rendah lemak

• Kacang hijau - direbus = cawan 0.2 9
• Roti - 1 keping 1.1 16
• Mil oat - 1 cawan 2.4 15
• Buah epal - 1 biji 0.5 6
• Ubi kentang - 1 biji dipanggang 0.2 1

Jangan jadikan amalan, makan sambil menonton televisyen. Perbuatan ini boleh menyebabkan anda seronok sehingga tidak mahu berhenti makan.

Risiko kesihatan
Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:
• Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
• Strok (angin ahmar)
• Tekanan darah tinggi
• Batu hempedu
• Diabetes (kencing manis)
• Paras kolesterol darah yang tinggi
• Gout
• Sakit di bahagian bawah belakang badan
• Sukar bernafas
• Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
• Gangguan pembuangan air kecil
• Penyakit hati
• Barah usus

Senaman yang boleh dilakukan
Tentu ramai anda yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau ada penyakit, pasti ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti fizikal anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan:
  senaman01 exe   senaman       
• Berjalan kaki dengan cepat, menaiki tangga, bersenam aerobik.
• Berlari, lari-lari anak (joging), berbasikal, berenang, atau merentas desa.
• Bersukan dengan bermain tenis, bola sepak, atau skuasy.
• Berjalan-jalan, berkebun.
• Melakukan kerja-kerja rumah, menari, dan aktiviti-aktiviti yang lain.

Kenapa perlu bersenam?

Anda tahu tidak kenapa kita perlu bersenam? Faedahnya banyak. Dengan bersenam, badan kita akan jadi sihat dan kuat. Kita juga akan jauh daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah:
• Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot.
• Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.
• Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
• Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.
• Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal.
• Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain.
• Kanak-kanak yang kurus lebih aktif berbanding kanak-kanak yang gemuk.
Info
Apa Itu Kalori Kosong (Empty Calories)?
Anda mungkin pernah mendengar perkataan “empty calories” yang mana selalu disebut oleh pakar pemakanan. Tetapi, adakah anda mengetahui apa itu “empty calories? Kenapa ia merupakan tabiat buruk yang perlu dielakkan dalam diet harian anda?
“Empty calories” bermaksud makanan yang tinggi kalori tetapi rendah kandungan zat nutrient. Makanan yang mengandungi kalori adalah makro nutrien (karbohidrat, protein, lemak) manakala makanan yang tidak mengandungi kalori pula ialah mikro nutrien (semua vitamin, mineral, serat).
Makanan yang tinggi kandungan kalori boleh menyumbang kepada berat badan yang berlebihan. Ini berlaku kerana pengambilan kalori yang berlebihan ini akan disimpan sebagai lemak dalam badan.
‘Empty Calories = High Calories but Low Nutrition’
“Empty calories” juga dikenali sebagai makanan rapu (junk food) yang mana kurang kandungan mikro nutriennya. Kebanyakan makanan yang tersenarai sebagai “empty calories” adalah yang mengandungi gula dan lemak yang tinggi. Satu sudu kecil gula bersamaan dengan 5 kalori. Bagi lemak pula, 1 gram bersamaan dengan 9 kalori manakala karbohidrat dan protein cuma 4 kalori bagi 1 gram.
1 gram lemak = 9 kalori
1 gram karbohidrat = 4 kalori
1 gram protein = 4 kalori
Contoh-contoh makanan yang dipanggil “empty calories” adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
1. Makanan yang tinggi kandungan gula
• Gula-gula, makanan rapu dan makanan manis. Makanan ini bukan sahaja tinggi kandungan gula tetapi juga mengandungi pewarna dan bahan pengawet. Ia tinggi kalori tetapi tiada kandungan mikro nutrien.
• Minuman berkarbonat (coca-cola, pepsi)
• Minuman manis (botol, kotak atau tin)
• Beer, wine dan semua jenis minuman beralkohol
2.  Makanan yang tinggi kandungan lemak dan minyak
• ‘Fast food’ seperti kentang goreng, ayam goreng, chips, burger, hot dog dan sebagainya. Kebiasaannya, satu set ‘fast food’ mengandungi 500 – 600 kkal. Kalori ini kebanyakannya datang daripada lemak (lemak tepu dan lemak trans) dan hanya sedikit kandungan mikro nutrien. Selain itu, kandungan garam juga teramat tinggi.
• Makanan sejuk beku (frozen food)
• Butter, marjerin, shortening, mayonis dan lemak tepu
Bagaimana cara mengelakkan daripada pengambilan “empty calories”?
• Baca label pada makanan. Elakkan makanan yang tinggi gula, garam dan lemak.
• Elak pengambilan makanan yang bergoreng. Pilih makanan yang disediakan dengan cara yang lebih sihat seperti bakar, panggang, rebus, kukus dan sebagainya yang hanya menggunakan sedikit minyak.
• Kurangkan pengambilan minuman manis dan minuman dalam tin, kotak atau botol.
• Ambil makanan bijirin penuh (roti wholemeal, bijirin sarapan pagi) untuk mendapatkan serat dan anti-oksidanya.
• Pilih snek yang menyihatkan seperti buah-buahan, yogurt rendah lemak, popia basah, biskut dan roti wholemeal.
• Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;
• Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
• Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
• Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan
• Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan  oleh pakar-pakar pemakanan.
• Hamburger saiz biasa 11.8 39
• Hot dog 14.5 54
• Kentang goreng 20-25 keping (saiz biasa yang
• digoreng dengan minyak sayuran) 12.247
• Keropok kentang - 1 aun 10.1 61
• Mentega/marjerin - 1 sudu teh 4 94
• Sos salad - 2 sudu makan 11.1 85
• Kek keju 16.3 57
Makanan rendah lemak
• Kacang hijau - direbus = cawan 0.2 9
• Roti - 1 keping 1.1 16
• Mil oat - 1 cawan 2.4 15
• Buah epal - 1 biji 0.5 6
• Ubi kentang - 1 biji dipanggang 0.2 1
Jangan jadikan amalan, makan sambil menonton televisyen. Perbuatan ini boleh menyebabkan anda seronok sehingga tidak mahu berhenti makan.
Risiko kesihatan
Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:
• Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
• Strok (angin ahmar)
• Tekanan darah tinggi
• Batu hempedu
• Diabetes (kencing manis)
• Paras kolesterol darah yang tinggi
• Gout
• Sakit di bahagian bawah belakang badan
• Sukar bernafas
• Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
• Gangguan pembuangan air kecil
• Penyakit hati
• Barah usus

Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di atas bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.

Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=6359:obesiti-dan-pemakanan&catid=201:tip-sihat-dan-cergas

No comments